Followers

Thursday, April 8, 2010

udang masak tiga rasa...



godek2 dapur kak nor67, jumpa ikan masak 3 rasa..oleh kerana i takde stok ikan, maka i pun mempertaruhkan kehenseman cik udang yg dah lama dok bertapa dalam ice-box itu...hihi...sedap...cuma i ni mmg manusia paling malas nak hiris nipis2...hiris kasor2 jek sudah~ mintak izin C&P ye kak nor...terima kasih daun keladi..kalau ada lagi resipi, post le lagi...(lebih afdhal, pos kan ke sini) hehehe...ada jugak stok2 yang takde, jadi i ganti je dgn apa yg ada... ikan masak 3 rasa dari kak nor67
Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - (yang ni kita ganti dgn udang goreng tepung jek)
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan ~ (kita ganti dgn hirisan serai, sbb takde kantan)
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum ~ (yang ni pun kita takde, tambah sos tomato lebih sikit)
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis ~(kita tak letak, sbb rasa tadi mcm dh masam)
  • 1 camt kicap manis
  • (kita tambah sikit tepung jagung nak pekatkan kuah :))
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.

1 comment: