Followers

Saturday, August 1, 2009

karipap kentang bersardin~apa ke pelik bunyinya?



gambar ihsan dari srikandi cinta


Resipi ni dari kak ita, ada la modified sikit.. kak ita buat 20 biji, saya buat 40 biji..
Thanx kak ita =)..ini baru first time buat.. alhamdulillah menjadi. Buat ramai2 tau.. seronok!..

Bahan-bahan ( 40 biji )
500g tepung gandum
4 sudu besar marjerin - panaskan
4 sudu besar minyak masak - panaskan
secubit garam
air

INTI
5 biji kentang
1 tin besar sardin
2 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
2 tangkai daun sup (nak bertangkai-tangkai pun takpe!)
Beberapa biji cili padi~ nak bagi ada pedas sikit
garam
sos tomato
sedikit jus lemon/limau

Cara-cara
kulit karipap

1) campurkan garam, minyak, marjerin yang telah dipanaskan ke dalam tepung. Gaul hingga tekstur tepung agak peroi.
2) Masukkan air (lebih kurang setengah cawan) secara sedikit demi sedikit
3) Uli sehingga tepung tak melekat
4) Jika doh masih melekat, tambah sedikit tepung.
5) [dalam kes saya yg tak reti sangat bab-bab adun doh, saya telah mencampurkan sedikit marjerin lagi setelah doh yang saya uli siap. Lepas tu tambah tepung sikit bagi tak licin-hasilnya, kulit lebih lembut]

Inti (boleh la buat inti dulu sebelum kulit karipap ye..)

1) kupas kentang dan potong dadu. Dan kupas lah apa2 yang boleh dikupas
2) panaskan minyak
3) tumis bawang dan cili padi sehingga naik bau
4) masukkan kentang biarkan seketika (kalau nak cepat empukkan kentang)
5) masukkan sardine, perah air limau
6) masukkan sos tomato dan garam (ikut suka nak bubuh sos apa pun).
7) Gaul hingga sekata dan biarkan sehingga kentang empuk

Selepas inti disejukkan, boleh la canai doh dan kelim karipap.. tak cantik takpe, janji sedap! Tak gitu??