Followers

Sunday, December 13, 2009

shepherd pie..versi takde caserol..

hahah..hey mangkuk caserol or else, mangk remekin..kamu ingat takde kamu, beta tak boleh buat shepherd pie???

uk

takpe..ambo gunakan apa tau...jeng3x...
=
=
=
=
=
=
=
=
=


oppsss...silap..takkan guna kucing pulak...

ini dia...



baik..bahan2 nak buat akan dipos kemudian..sgt malas nak taip..hihihi



daging-masak dulu ye...


letak dalam mangkuk macam ni..


picitkan kentang atas daging...




dah siap dibakar

oreo cheese cake-versi lain

i just took this recipe from www.bakpia.com..thanx for sharing..i'm glad if i can paste the recipe for my reference in the future..

18 Oreos, crushed in blender
1/4 cup melted butter
24 oz cream cheese, softened
1 (14 oz) can condensed sweet milk
3 eggs
2 tsp. vanilla

Mix Oreos and butter and press in a greased 9 inch spring-form pan.

In a large bowl, cream remaining ingredients until well blended. Pour into spring-form pan.

Break up 8 Oreos and drop on top of the batter. Bake 45-60 minutes at 300 degrees F. Don't over-bake your cheesecakes or they will crack on top.

ngredients

Filling
1 1/2 pound cream cheese
1 cup sugar
5 large eggs
1/4 teaspoon salt
2 teaspoon vanilla
1/4 cup flour
8 ounces sour cream
5 Oreo cookies (coarsely chopped for the batter)
10 coarsely chopped Oreo cookies for the topping

Crust
1 1/2 cup Oreo cookie crumbs (about 25 Oreo cookies finely chopped)
2 tablespoon melted butter
9″ spring form pan (buttered on bottom and sides)

1. Mix melted butter with Oreo crumbs and press in the bottom of the spring pan and 1 1/2″ up the sides, set aside.
2.All Ingredients must be at room temperature before beginning. Beat cream cheese with a mixer on low until fluffy.
3. Slowly add sugar and continue beating cream cheese until mixed well.
4. Add eggs one at a time and continue to beat until blended.
5. Measure the vanilla, salt and flour, pour into cream cheese and egg mixture and beat until smooth. Add the sour cream and beat.
6. Stir in the coarsely chopped oreo cookies with a spoon.
7. Pour cream cheese into the spring pan and place the nine coarsely chopped Oreo Cookies on to of the cream mixture.
8. Place pan on the top rack and in the middle of a preheated oven at 325 degrees F and bake for one hour and 15 minutes.
9.After that time, keep oven door open and let the cheese cake stay in the oven for one hour. Remove from oven and let cool enough to place in the refrigerator for 24 hours.

source:http://www.recipesecrets.net/blog/category/recipes/cheesecake-factory/

Saturday, December 12, 2009

oreo cheese cake




resipi ni asalnya blueberry cheese cake dari juwitafariz.blogspot..tapi hentam je letak oreo okeh..tak payah guna springfoam pun takpe.oreo biasa pun dh habis kat giant, hentam je biskut "cream o"..ala2 oreo..lagi murah sikit..lepas tu, sebabkan satu pek biskut telah dilahap oleh my siblings, saya telah menggunakan biskut yang ada kat dapur..jeng3..dapat biskut jagung, belasah jugak..letak cooking chocolate..boleh la..buat rasa2..nak beli kat secret recipe, maunya kena rm50++ kan..budget ni, cuma rm17++ je..nah resipi;

untuk base:
70 g melted butter
200 g biskut (apa2 je, biskut tiger pun ok, tapi kalau dpt oreo lagi best)

untuk cheese:
250g philadelphia cheese (satu kotak tu)
90 g gula
1 sb jus lemon
200 ml plain yogurt (tanpa perisa)
3 sudu besar tepung gandum
2biji telur
beberapa keping oreo yang diramas
beberapa keping oreo untuk dihias atas cheesecake

cara2:
1-blend biskut dan gaul bersama melted butter (xnak blend pun xpe)
2-setelah digaul,tekan padat2 dalam loyang.masukkan dalam fridge
3-sambil tu panaskan oven pada 180 darjah celsius
4-pukul cheese+gula sampai sebati
5-masukkan jus lemon+telur+yogurt
6-akhir sekali masukkan tepung gandum
7- gaul biskut oreo yang diramas dalam adunan
8-masukkan adunan dalam loyang yang ada base biskut tadi..
9-hias dgn biskut oreo atasnya
10-masukkan dalam oven, bakar selama 45minit-1 jam atau sehingga masak
11-sejukkan dalam fridge semalaman

nota; sy gunakan kaedah ini, masukkan air atas dulang pembakar, tutup loyang dgn aluminium foil untuk elakkan permukaan hangus..heheh, sepatutnya, dah bakar 30 minit baru tutup dgn aluminium foil, tapi malas nak keluar2 kan, tutup aje..abaikan rupanya yg memang hodoh..i mmg tak berbakat buat2 kek nih

homemade pizza



hmm..menu makan malam hari ni..hihi,,terhangus sikit pasal berangan dok kat ruang tamu terlupa pizza dalam oven..sila gunakan tepung gandum selepas ini..tak payah la cari tepung2 roti dalam kotak tu...tak sedap langsung bau dia..apa pun memang jadi guna resipi dari myresipi..alamak,lupa naMA chef tu..sorii...untuk rujukan masa hadapan, jom kita terjah resipi!~(yahoo..)

bahan2 doh:
200 gm tepung gandum/multi-purpose flour
2 sudu kecil yis segera (mauripan)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil bread softener*xnak letak pun xpe*
2 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air suam (guna kurang dari satu cawan, doh dh x melekat kat tangan)

cara2:
1. ayak tepung ke dalam mangkuk. masukkan garam,breadsoftener (dalam cawan lain, masukkan gula dan yis..bagi yis aktif-berbuih)
2.bulatkan tgh2 tepung..masukkan bancuhan yis..gaul rata
3.masukkan minyak masak dan gaul rata..
4.masukkan air sedikit demi sedikit..uli hingga doh tak melekat di tangan-kalau kering, tambah sikit minyak masak
5.tutup doh dengan plastik/tuala basah dalam 1 jam sampai dia naik sekali ganda..


sambil tu..boleh la prepare sos pizza..yang ni guna cara saya..heheh..sukahati je nak modify recipe..pasal oregano takde..tomato puri takde..jadi guna bahan2 yang ada je la ye..

bahan2 sos:
1 biji tomato *dikisar*
2 sudu besar sos tomato~kisar sekali dgn tomato tadi
1/2 labu bawang kuning *dipotong dadu*~ala..bawang besar yang warna kuning tu...
2 biji bawang putih *dikisar*
isi ayam dipotong dadu
1/3 carrot *sukahatila nk potong mcm mana*
1/2 capsicum~lada benggala hijau *dipotong dadu*
2 sudu besar cukup rasa
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa

cara-cara:
1. tumis bawang putih dan bawang besar yang di dadu hingga naik bau..masukkan tomato yang diblender tadi..
2.masukkan ayam..biarkan mesra..
3.masukkan carrot dan masak hingga layu
4. masukkan capsicum.masak sehingga sos pekat..
5.tutup api ok...

topping:
sosej/kepingan ayam..filamin ketam..cendawan butang..keju..dapat keju cheesedale tu pun takpe..kalau nak lagi best, pakai keju mozarella ok..


cara2 (final):

1.biarkan tangan bertepung sikit untuk keluarkan doh dari mangkuk adunan,
2.bentukkan doh menjadi bentuk yang anda suka..dengan ketebalan 2cm..(agak2 je)
3.bakar selama 10-15 minit pada suhu 200 darjah celcius
4.keluarkan dari oven. sapukan sos tomato atas doh..
5.sapukan sos yang kita masak tadi..
6.letakkan topping, dan keju di atasnya..
7.bakar semula selama 15-20 minit atau hingga masak..jangan berangan pula!
8.selamat mencuba ;P

Friday, September 11, 2009

nasi kabsah~arabic recipe




tak pernah makan nasi kabsah? ye..saya jua tak pernah..tapi main terjah je memasaknya..ntah rasanya sama ke tidak..tak tahulah..almaklumlah..ada minggu bahasa..semester ni, saya ambil bahasa arab sebagai bahasa asing, makanya kenalah masak makanan yang merujuk kepada negara arab..nasi kabsah la pilihannya..huhu

nak tahu resipi?

jintan manis
kayu manis
jintan putih
bunga cengkih
ketumbar

minyak sapi
lobak merah
bawang merah
bawang putih
halia
puri tomato(saya guna sos tomato jek)

setengah ekor ayam

hiasan;
hirisan bawang,
tomato didadu
daun ketumbar

err...boleh tak pos cara2 ni kemudian jek?

Saturday, August 1, 2009

karipap kentang bersardin~apa ke pelik bunyinya?



gambar ihsan dari srikandi cinta


Resipi ni dari kak ita, ada la modified sikit.. kak ita buat 20 biji, saya buat 40 biji..
Thanx kak ita =)..ini baru first time buat.. alhamdulillah menjadi. Buat ramai2 tau.. seronok!..

Bahan-bahan ( 40 biji )
500g tepung gandum
4 sudu besar marjerin - panaskan
4 sudu besar minyak masak - panaskan
secubit garam
air

INTI
5 biji kentang
1 tin besar sardin
2 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
2 tangkai daun sup (nak bertangkai-tangkai pun takpe!)
Beberapa biji cili padi~ nak bagi ada pedas sikit
garam
sos tomato
sedikit jus lemon/limau

Cara-cara
kulit karipap

1) campurkan garam, minyak, marjerin yang telah dipanaskan ke dalam tepung. Gaul hingga tekstur tepung agak peroi.
2) Masukkan air (lebih kurang setengah cawan) secara sedikit demi sedikit
3) Uli sehingga tepung tak melekat
4) Jika doh masih melekat, tambah sedikit tepung.
5) [dalam kes saya yg tak reti sangat bab-bab adun doh, saya telah mencampurkan sedikit marjerin lagi setelah doh yang saya uli siap. Lepas tu tambah tepung sikit bagi tak licin-hasilnya, kulit lebih lembut]

Inti (boleh la buat inti dulu sebelum kulit karipap ye..)

1) kupas kentang dan potong dadu. Dan kupas lah apa2 yang boleh dikupas
2) panaskan minyak
3) tumis bawang dan cili padi sehingga naik bau
4) masukkan kentang biarkan seketika (kalau nak cepat empukkan kentang)
5) masukkan sardine, perah air limau
6) masukkan sos tomato dan garam (ikut suka nak bubuh sos apa pun).
7) Gaul hingga sekata dan biarkan sehingga kentang empuk

Selepas inti disejukkan, boleh la canai doh dan kelim karipap.. tak cantik takpe, janji sedap! Tak gitu??

Saturday, July 25, 2009

malas??




updating this blog is almost rare! heheh.. as a student, cooking activities are not allowed in college.. but i still cook some dishes. and as i always forget is to snap pics for the dishes i cooked. and thats the concrite reason to not uploading new entry for this blog. maybe after bringing my digital camera along with me, i could update the "bachelors" dishes and share it with anyone who did a visit on this blog..
yeahh.. *wink*

Monday, June 22, 2009

star-choco-muffin


actually, resipi ni di ambil dari kak ita.. tak susah pun..cubaan kali pertama gagal..jadi biskut..huhu..konon2 nak buat muffin versi malaysia..ha, last2 jadi cookies..maksudnya, adunan kek/muffin mesti lebih cair dari adunan cookies, sebab tulah cookies keras..

guna cooking coklat tau nak masak muffin ni..


ummi c&p je kak ita ye??
Bahan-bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
1.Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair.
3.Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4.Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5.Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6.Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7.Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. hiaskan dgn apa2 sahaja yang ada
8.Bakar selama 20 minit.

Friday, May 29, 2009

hye you all


assalamualaikum semua.. blog ini ditubuhkan khas untuk letak resipi2 yang best. mana tahu boleh kongsi sama2..hehe..semenjak muffin yang saya buat jadi biskut, keazaman untuk membakar kek semakin menjadi-jadi. hahaha..selamat menjamu mata...