Followers

Tuesday, April 13, 2010

sate minang

serius..mengidam sangat nak buat sate minang ni...tiba2 search resipi sate minang...ada pulak..ya ALLAH...terus la c&P kan....dari rinie87..terima kasih rinie,...saya mmg suka gila sate minang,.dah lama gila tak makan...susah sgt nak cari..tapi sate minang ni sedapppp...sgt best...ada kesempatan..mmg i nak buat...huhu

SATE MINANG

Bahan :
250 gm daging lembu yg lembut tu, rebus, potong dadu
250 gm jantung lembu, rebus, potong dadu
250 gm lidah lembu, rebus smpi masak, bersihkan, potong dadu
3 batang serai, hiris nipis
1 helai daun kunyit, potong menjadi 3 bahagian
4 helai daun limau nipis
75 gm tepung beras, larutkan dengan sedikit air
1½ sudu tepung kanji, larutkan dengan sedikit air
500 ml air

Rempah untuk dikisar :
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
6 buah cili merah besar
2 buah cili api
1 sudu ketumbar,
1 sudu jintan halus and kasar
5 cm kunyit
4 cm halia
2 cm lengkuas
garam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya

Pelengkap :
Ketupat, potong-potong
Bawang goreng

Cara membuat :

1. Didihkan air, lalu masukkan daging, jantung dan lidah. Kemudian masukkan rempah yang dihaluskan, daun kunyit, serai dan daun limau. Masak hingga remaph tercampur rata dan semua bahan masak. Angkat daging, jantung dan lidah, toskan. cucuk masing-masing 5 potongan daging per satu cucuk sate dan kemudian panggang sebentar diatas bara api.
2. Kuah rebusan daging tadi dipanaskan kembali dan kentalkan dengan menambah tepung beras dan tepung kanji yang sudah dilarutkan dengan sedikit air.
3. Sajikan sate dengan ketupat, lalu siram kuah kental diatasnya dan taburi dengan bawang goreng. Hidangkan selagi panas.
:loveliness::loveliness::loveliness:

Monday, April 12, 2010

laksa by rizalman

ok, pi blog rizalman fashion designer, nak tgok cara dia masak laksa..mcm sedap..maka i pun link kan...uhuuu...supaya senang cari juga... =P

laksa sarawak..

maaf kak dayang, kita tak cuba lagi..tapi teringin nak cuba..jadi, untuk memudahkan percubaan, kita link kan siap2..hehe..takut tak jumpa bila skodeng dapur kak dayang...pes laksa sarawak homemade dari kak dayang jack..sesiapa nak cuba..jangan segan2 cuba homemade paste ni kalau tak jumpa yang readymade punya...

Thursday, April 8, 2010

udang masak tiga rasa...



godek2 dapur kak nor67, jumpa ikan masak 3 rasa..oleh kerana i takde stok ikan, maka i pun mempertaruhkan kehenseman cik udang yg dah lama dok bertapa dalam ice-box itu...hihi...sedap...cuma i ni mmg manusia paling malas nak hiris nipis2...hiris kasor2 jek sudah~ mintak izin C&P ye kak nor...terima kasih daun keladi..kalau ada lagi resipi, post le lagi...(lebih afdhal, pos kan ke sini) hehehe...ada jugak stok2 yang takde, jadi i ganti je dgn apa yg ada... ikan masak 3 rasa dari kak nor67
Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - (yang ni kita ganti dgn udang goreng tepung jek)
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan ~ (kita ganti dgn hirisan serai, sbb takde kantan)
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum ~ (yang ni pun kita takde, tambah sos tomato lebih sikit)
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis ~(kita tak letak, sbb rasa tadi mcm dh masam)
  • 1 camt kicap manis
  • (kita tambah sikit tepung jagung nak pekatkan kuah :))
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.

Wednesday, April 7, 2010

nasi goreng simple

mEnu hari tu..nasi goreng..campak je apa2 lepas tu goreng...siap! =)..layan gambar jela..


Monday, April 5, 2010

kari ayam hijau



lama tak letak entri bukan bermakna lama tak masak..hihi..masak biasa2 aje..kari ayam hijau ni masakan thailand..selongkar dapur kak hana jepun tuh and selongkar pulak dapur cik mat..tergoda i tau..terus semangat nak buat..bak kata cik mat gebu, rasanya ala2 kurma tapi lain sikit..memang pun..i dah cuba..i buat style orang malaysia..tak tau la rupa sebenar kari dia macam mana kat thailand nun..tapi, alhamdulillah sedap..thanx cik mat and kak hana..

tapi paste- tu amik kat sini)

bahan2:
* ½ chicken chopped into small pieces, OR 3/4 to 1 lb. chicken breast/thigh, chopped (SERVES 3-4)
* Vegetables: 2 bell peppers, plus a handful cherry tomatoes(sy masukkan kentang+saderi+tomato)
* 1 can good-quality coconut milk
* 4-5 cloves garlic
* 1-3 green chilies (jalapeno work well if you can't find Thai green chilies)
* 1 shallot (OR 1/4 cup purple onion), chopped
* 1 thumb-size piece galangal OR ginger, sliced(i put ginger)
* 1 cup fresh coriander (cilantro) leaves & stems roughly chopped(this is what we call daun ketumbar)
* 1/2 tsp. ground coriander
* 1/2 tsp. ground cumin
* 1/2 tsp. ground white pepper (available in most supermarket spice aisles)
* 3 Tbsp. fish sauce (available at your supermarket or at Asian food stores)
* 1 tsp. shrimp paste (available by the jar at Asian/Chinese food stores)~(i used belacan paste)
* 1 Tbsp. lime juice
* 1 tsp. brown sugar(used normal sugar)
* Optional: 3-4 lime leaves (available fresh or frozen at Asian/Chinese food stores)
* Garnish: 1/2 cup fresh Thai basil (or substitute sweet basil)

methods:(ok, malas nak speaking+copy paste sbb rumit pulak nak baca)
1- blend semua bahan2 dengan 1/2 cawan santan.. kecuali sayuran..
2-bila dah siap blend, tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau(saya tumis 4 spices sbb tak blend sekali dan tak cukup pun spice saya tu)
3-masukkan ayam, dan biarkan sampai hampir masak
4-masukkan santan dan selalu kacau
5-masukkan sayur2an
6-tunggu hingga mendidih atau sehingga ayam masak