Followers

Sunday, November 7, 2010

apam dot dot


salam bloggie..

hai..hari ni saya try masak apam dot dot..resipi ni saya sekodeng kat dapur kak hana..katanya dia pong sekodeng resipi asal dari dapur kak.lilydvalley... (takde link)..kak lilydvalley cuma marble kan..tapi kak hana inovasikan dgn mendotdotkan ia..huhuhu...

ramai dah rupanya guna resipi ni..selain senang dan mudah,hasilnya jugak cantik!

tapi sayangnya,apam dot-dot saya mungkin perlu penambahbaikan sikit..pasal jadik apam berkdeut dot-dot!!! uhh...sodih betoi...huhu

oleh yang demikian..saya minta izin dari kak hana untuk kopipes kat sini yer...jangan mareee....huhuhuhu..thanx kak!

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)-saya guna kaya
  • Pewarna -saya guna warna hijau,kuning,dgn coklat jek..
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

p/s: berkedut sebab api dia mereng sikit kut..tu yg kedut tak hengat..nak kukus dgn api sederhana aje yer...


Saturday, November 6, 2010

sup ayam asli




maaf sesangat..gambor akan diupload lepas bateri kamera i dicas semula..hahah..

actually,mak gi melawat my cousin kat hospital..tu yg saya memasak semula selepas lama berehat dari dapur..kikkikkiki..setakat sup ayam ni kacang buncis je kan bagi korang...tapi saya masak boleh tahan lama gak la..maklumla..dah lama tak ke dapur (reject jadik menantu) hukhukhuk

masa selongkar dapur tadi,saya pi carik rempah sup..carik punya carik,selongkar sana selongkar sini,takde!waaaaa...frust sekejap ye..last2 pi ngendeng tenet adik,cari resipi rempah sup home made..jumpa la kat dapur kak zalieda nih...tambah pulak dia suruh guna buah pelaga..cis..buah pelaga pun i boleh lupa mcm mana rupanya..huhuhu

rupanya ni lah rupa buah pelaga ye.. (sumber rasa.net)

ok,ni resipi asalnya dari tulip77 (myR)..tapi saya telah mencilok resipinya dari kak zalieda..huhuh..

review saya; sedap!

boleh la kome try ye..bagi mereka yg kehabisan stok rempah sup segera itu...

kak,saya mintak izin kopipes yea..terima kasih kak! mmuahss!


Sup Ayam (Tanpa Guna Sup Bunjut/Rempah Sup)
Bahan-bahan


1 ekor ayam potong 16
1 labu bwg merah *blender
2 ulas bwg putih * blender
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 iji buah pelaga
2 biji kentang
1 batang lobak -(kita potong memanjang)
1 mangkuk air panas baru masak
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam - secukup rasa
Daun sup, daun bawang & bawang goreng -(kita xde stok daun bawang dan seangkatan dengannya)

Cara-cara

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Monday, September 27, 2010

kuih cara berlauk...


ni punya kuih cara,ialah kuih cara zaman puasa..tapi baru hari ni i terkedek2 nak upload..hahaha...layankan jela ek,cara berlauk yang i kopipes dari kak rinchan..sedap! cuma inti tu i buat style syok sendiri..hihihi..kak rinchan,kita mintak izin pes+kopi resipinya ye,,thanx kak rinchan! ;)

For the batter-kak rinchan fotopages
2 cups multipurpose flour
2 cups water
1 cup coconut milk ( I used half packet of coconut powder)
1 egg
1 tespn salt
A little tumeric powder to colour the batter yellow
*Mix all ingredients and filter.


inti~mak yang buat..hehehhe

Method :
1. For the batter, mix well and filter into a jug with long nozzle for easy pouring.
2. Grease the mould with cooking oil using screwpine leave or pastry brush.
3. Pour in the batter 3/4 full into the mould not to let overflows. Put on the lid (I recommend casserole lid coz you can see thru) and wait until the batter half-cooked.
4. Put in the fried minced meat. Garnish with chillie or spring onion/celery.
5. Put on the lid and leave to cook.

6. Take them out using toothpick or fork. Serve warm.



Tuesday, September 7, 2010

BLUEBERRY CHEESETART

firstly,i nak ucapkan selamat hari raya buat semua blogger..walaupun blog i tak sefofular blog you all..tapi i mengada jugak nak ucap selamat hari raya...ngeh3...so,oleh kerana i dengan senang lenang nya boleh beronline di opis tercinta,maka i mahu pos 2 benda dalam entri ni. satu kad raya, satu lagi resipi cheesetart yang i buat..alhamdulillah..sedap..setelah belajar melalui youtube dan menggodek banyak resipi..tapi resipi ni paling senang dan mudah..oh ye...whipping cream tu tak halal ye?


OK, berbalik kepada resipi yang i kata nak pos, ini dia...blueberry cheesetart..



bahan2 untuk sweet pastry;

200 g tepung gandum

50 g gula

100 g butter-dipotong dadu

1 biji telur

cara2:

1.gaulkan tepung+gula

2.masukkan butter dalam tepung tadi-ramas hingga semuanya sebati

3.masukkan telur-gaul dgn tangan(jika adunan terlalu "lembik" letak sedikit tepung)

4.uli hingga jadi doh

5.bentukkan ke dalam acuan tart.

6.bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 8-10 minit (ikut oven masing2 ye,kalau oven tu kecik,maybe kena kurangkan masa membakar.hati2 takut terhangit pulak..hihi)

filling;-->> boleh juga pelbagaikan filling ikut citarasa masing2

250 g philadelphia cream cheese

20 g butter

60 g gula

1 biji telur

sedikit esen vanila

cara2:

1. pukul cream cheese,gula dan mentega hingga gebu.

2.masukkan telur dan esen vanila-putar lagi hingga gebu

3.masukkan dalam "piping bag"

4.paipkan dalam acuan tart tadi.

5.bakar pada suhu 160 darjah celcius 5-8 minit atau sehingga masak

(nak tahu masak,cucuk lidi tengah2 filling.kalau bersih bila dikeluarkan tandanya dah masak)


P/S: MAAF SEBAB RESIPINYA TAK INGAT AMBIK DARI SOURCE MANA..SEBAB MAIN SALIN DALAM BUKU..TERIMA KASIH KEPADA TUAN EMPUNYA RESIPI..

Monday, August 30, 2010

easy pizza


pizza mudah ni memang senang dimasak dan senang dimakan! hahahaha...best,sebab senang je..resipi dari sini dan cara membuatnya dari youtube,tak ingat dah yang mana satu videonya..
layanlah resipi mudah banget iniiii...

bahan-bahannya:

3 1/2 cawan tepung gandum/tepung roti (umi kurangkan ke 3 1/4 cawan)

garam

1 sudu kecil yis

1 sudu kecil madu

1 cawan air

cara2:

1.rendam yis dengan air dan madu.

2.biarkan sehingga yis berbuih.

3.dalam bekas yang lain,campurkan tepung dan garam.gaulkan

4.bentukkan satu lubang di tengah2 tepung gandum.(jadikan tepung gandum tu "wall"/buat macam donut,ada satu lubang kat tengah2)

5.letakkan air yis tadi di tengah2 lubang yang kita bentukkan.

6.kacau air yis ikut putaran jam (sambil kita ambik sedikit demi sedikit wall tepung)

7.lakukan hingga semua air dan tepung telah sebati

8.uli jadi doh dan tak melekat di tangan.

9.sambil uli tu,taburkan tepung supaya proses menguli menjadi mudah.

10.bila dah jadi doh yang cantik,biarkan selama 2 jam dalam sebuah bekas yang ditutupi kain lembap.(boleh juga masukkan dalam peti ais)

11.periksa doh,kalau kita tekan,doh melantun balik,maksudnya doh dah bersedia untuk digunakan.

12.bahagikan kepada 2 bahagian. canai dan gelek menjadi bulat macam pizza hut.

13.hias dengan topping yang digemari.

(belum letak keju mozarella lagik-yang ni i tumis tomato dan ayam berasingan)

topping:

2 biji tomato segar-blender
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-dicincang
300 g isi ayam
sos tomato atau cili
garam
gula-nak stabilkan rasa garam
oregano

hiasan:
1 biji capsicum hijau
nenas kiub-kecilkan lagi
cendawan butang-hiris
keju mozarella


cara2 masak topping:

ikut la cara kome macam mana pun..sebab yang penting ialah korang suka.kalau tak boleh makan ayam sebab allergic,gantikan dengan daging. nak buat pizza tuna pun takpe..

1. leburkan je tomato yang diblender dalam periuk (pastikan pakai non-stick pan sebab acid(dari buahan atau sayuran tadi akan bertindak balas dengan aluminium,tak elok untuk kesihatan)
2.masukkan bawang,ayam dan segala macam gula garam,oregano dan sos tomato.
3.kalau nak tumis bawang dulu pun takpe..ikut suka lah you all
4.hiaskan dengan hiasan yang disebutkan.

Thursday, August 12, 2010

resipi kak rinchann..kopipes yek kak..thanx

For the batter

2 cups multipurpose flour
2 cups water
1 cup coconut milk ( I used half packet of coconut powder)
1 egg
1 tespn salt
A little tumeric powder to colour the batter yellow
*Mix all ingredients and filter.


For the filling
1 cup minced meat
1 onion
1 clove garlic
1/2 teaspn black pepper
1 tespn curry powder
1/2 teapn tumeric powder
1/2 tblspn oyster sauce
1 tblspn chillie sauce
Salt and sugar to taste
* Stir fry as usual.


Method :
1. For the batter, mix well and filter into a jug with long nozzle for easy pouring.
2. Grease the mould with cooking oil using screwpine leave or pastry brush.
3. Pour in the batter 3/4 full into the mould not to let overflows. Put on the lid (I recommend casserole lid coz you can see thru) and wait until the batter half-cooked.
4. Put in the fried minced meat. Garnish with chillie or spring onion/celery.
5. Put on the lid and leave to cook.
6. Take them out using toothpick or fork. Serve warm.

Saturday, May 8, 2010

~happy mother's day~

istimewa buat mak, mak uda, mak ndak, busu, ibu2 saudaraku, tidak dilupa juga buat ibu2 dan bakal2 ibu, happy mother's day~

"syurga bawah telapak kaki ibu.."



p/s: thanx to kak hana, sbb sudi menjadi follower belog yang tak semenggah ini...kikikiki..happy mother's day!

Tuesday, April 13, 2010

sate minang

serius..mengidam sangat nak buat sate minang ni...tiba2 search resipi sate minang...ada pulak..ya ALLAH...terus la c&P kan....dari rinie87..terima kasih rinie,...saya mmg suka gila sate minang,.dah lama gila tak makan...susah sgt nak cari..tapi sate minang ni sedapppp...sgt best...ada kesempatan..mmg i nak buat...huhu

SATE MINANG

Bahan :
250 gm daging lembu yg lembut tu, rebus, potong dadu
250 gm jantung lembu, rebus, potong dadu
250 gm lidah lembu, rebus smpi masak, bersihkan, potong dadu
3 batang serai, hiris nipis
1 helai daun kunyit, potong menjadi 3 bahagian
4 helai daun limau nipis
75 gm tepung beras, larutkan dengan sedikit air
1½ sudu tepung kanji, larutkan dengan sedikit air
500 ml air

Rempah untuk dikisar :
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
6 buah cili merah besar
2 buah cili api
1 sudu ketumbar,
1 sudu jintan halus and kasar
5 cm kunyit
4 cm halia
2 cm lengkuas
garam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya

Pelengkap :
Ketupat, potong-potong
Bawang goreng

Cara membuat :

1. Didihkan air, lalu masukkan daging, jantung dan lidah. Kemudian masukkan rempah yang dihaluskan, daun kunyit, serai dan daun limau. Masak hingga remaph tercampur rata dan semua bahan masak. Angkat daging, jantung dan lidah, toskan. cucuk masing-masing 5 potongan daging per satu cucuk sate dan kemudian panggang sebentar diatas bara api.
2. Kuah rebusan daging tadi dipanaskan kembali dan kentalkan dengan menambah tepung beras dan tepung kanji yang sudah dilarutkan dengan sedikit air.
3. Sajikan sate dengan ketupat, lalu siram kuah kental diatasnya dan taburi dengan bawang goreng. Hidangkan selagi panas.
:loveliness::loveliness::loveliness:

Monday, April 12, 2010

laksa by rizalman

ok, pi blog rizalman fashion designer, nak tgok cara dia masak laksa..mcm sedap..maka i pun link kan...uhuuu...supaya senang cari juga... =P

laksa sarawak..

maaf kak dayang, kita tak cuba lagi..tapi teringin nak cuba..jadi, untuk memudahkan percubaan, kita link kan siap2..hehe..takut tak jumpa bila skodeng dapur kak dayang...pes laksa sarawak homemade dari kak dayang jack..sesiapa nak cuba..jangan segan2 cuba homemade paste ni kalau tak jumpa yang readymade punya...

Thursday, April 8, 2010

udang masak tiga rasa...



godek2 dapur kak nor67, jumpa ikan masak 3 rasa..oleh kerana i takde stok ikan, maka i pun mempertaruhkan kehenseman cik udang yg dah lama dok bertapa dalam ice-box itu...hihi...sedap...cuma i ni mmg manusia paling malas nak hiris nipis2...hiris kasor2 jek sudah~ mintak izin C&P ye kak nor...terima kasih daun keladi..kalau ada lagi resipi, post le lagi...(lebih afdhal, pos kan ke sini) hehehe...ada jugak stok2 yang takde, jadi i ganti je dgn apa yg ada... ikan masak 3 rasa dari kak nor67
Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - (yang ni kita ganti dgn udang goreng tepung jek)
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan ~ (kita ganti dgn hirisan serai, sbb takde kantan)
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum ~ (yang ni pun kita takde, tambah sos tomato lebih sikit)
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis ~(kita tak letak, sbb rasa tadi mcm dh masam)
  • 1 camt kicap manis
  • (kita tambah sikit tepung jagung nak pekatkan kuah :))
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.

Wednesday, April 7, 2010

nasi goreng simple

mEnu hari tu..nasi goreng..campak je apa2 lepas tu goreng...siap! =)..layan gambar jela..


Monday, April 5, 2010

kari ayam hijau



lama tak letak entri bukan bermakna lama tak masak..hihi..masak biasa2 aje..kari ayam hijau ni masakan thailand..selongkar dapur kak hana jepun tuh and selongkar pulak dapur cik mat..tergoda i tau..terus semangat nak buat..bak kata cik mat gebu, rasanya ala2 kurma tapi lain sikit..memang pun..i dah cuba..i buat style orang malaysia..tak tau la rupa sebenar kari dia macam mana kat thailand nun..tapi, alhamdulillah sedap..thanx cik mat and kak hana..

tapi paste- tu amik kat sini)

bahan2:
* ½ chicken chopped into small pieces, OR 3/4 to 1 lb. chicken breast/thigh, chopped (SERVES 3-4)
* Vegetables: 2 bell peppers, plus a handful cherry tomatoes(sy masukkan kentang+saderi+tomato)
* 1 can good-quality coconut milk
* 4-5 cloves garlic
* 1-3 green chilies (jalapeno work well if you can't find Thai green chilies)
* 1 shallot (OR 1/4 cup purple onion), chopped
* 1 thumb-size piece galangal OR ginger, sliced(i put ginger)
* 1 cup fresh coriander (cilantro) leaves & stems roughly chopped(this is what we call daun ketumbar)
* 1/2 tsp. ground coriander
* 1/2 tsp. ground cumin
* 1/2 tsp. ground white pepper (available in most supermarket spice aisles)
* 3 Tbsp. fish sauce (available at your supermarket or at Asian food stores)
* 1 tsp. shrimp paste (available by the jar at Asian/Chinese food stores)~(i used belacan paste)
* 1 Tbsp. lime juice
* 1 tsp. brown sugar(used normal sugar)
* Optional: 3-4 lime leaves (available fresh or frozen at Asian/Chinese food stores)
* Garnish: 1/2 cup fresh Thai basil (or substitute sweet basil)

methods:(ok, malas nak speaking+copy paste sbb rumit pulak nak baca)
1- blend semua bahan2 dengan 1/2 cawan santan.. kecuali sayuran..
2-bila dah siap blend, tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau(saya tumis 4 spices sbb tak blend sekali dan tak cukup pun spice saya tu)
3-masukkan ayam, dan biarkan sampai hampir masak
4-masukkan santan dan selalu kacau
5-masukkan sayur2an
6-tunggu hingga mendidih atau sehingga ayam masak

Friday, February 26, 2010

layan tekak western


resipi gravy mashed potato dari mak


aduhai...patutla cik tam selalu komplen i asik melantak je..kesiann..hehehe..perut pun dah naik seinci..gara2 melayan tekak le nih..ni semua sbb blog walking kat dapur kak treat&trick, dapur kak hana jepun..malam, ni, menu simple tapi mmg la leceh nak buat...adehh...dgn takde blender,takde itu takde ini..maklumle, student dok rumah sewa...apo nak dikato kan..layan...(tapi layan gambor je lah,kihkihkih)

tapi kan...tadi ada kucing telah mencuri seketoi ayam ku!! heh...siap kau...

Thursday, February 25, 2010

sandwich with chicken patty lazat...


chicken patties yang dah kena makan, pasal tak sabar nak rasa..tetiba termasik pulak aihhh...heheheh


kejelitaan sandwich ku..walaupun agak kurang menarik di mata RR..hehe

hahaha...nama nak gempak aje...sedap...cumanya termasin sikit i bubuh garam dua kali youuu...adehh...dah letak dah tadi, terlupa, dok borak2,letak lagi ..haaa...padan muka i...takpelah..nnati u all buat, tak payah la letak garam 2 kali macam i okehhh...muahahaha.. resipi ni diambil masa tonton Rachel Ray punya rancangan..ngeh33...ok jom check resipi..;P

bahan chicken patties;

1/2 tiub daging ayam kisar-i guna ramly punya brand
1/2 bawang kuning-potong dadu
lada sulah
blackpepper
daun sup hiris halus
daun bawang hiris halus
sedikit garam
i sudu susu segar/yogurt

bahan lain;
roti gardenia
keju 3 keping-setiap satu belah 2

cara;
1)gaulkan semua bahan,
2)bahagikan kepada 3 bahagian ala2 boleh muat roti gardenia..
3)goreng atas non-stick frying pan-letak minyak sikit
4)lepas dah siap goreng, aturkan patties tadi dengan roti mcm burger letak cheese dikedua2 bahagian patties...
5)letak roti atas frying pan lagi-(pakai aje kuali patties tadi) tak perlu letak minyak pun
6)balik-balikkan roti supaya keju cair di kedua2 bahagian patties..
7)ngapp la..apa lagiii...huhuhu

nota kaki: biasanya sandwich ni rachel cadangkan untuk dinner makan dengan vege salad dan kentang putar...takpe, we have this sandwich for our brunch pun kira ok kan..huhuhu

Monday, February 22, 2010

ikan masak sedap...


gambar memang takde seni

muahahhaaha..nama punyalah marvelous...sebenarnya ikan ni, mcam ikan masak halia..tapi ada campuran serai hiris..bagi dia wangi sikit...jenguk2 dapur kak hana jepun tu..bahan utamanya nampla (sos ikan) tapi oleh kerana i takde sos ikan, i bantai stok ikan bilis dan juga letak sos tiram...
rasa dia..alhamdulillah...sedap la lalu ikut tekak ni ha...hehehe...oh ya, dah nak makan berdua aje, so, bahan2 pun cenonet ajela...
jom terjah resipi...wuhuuu ;P..
bahan2:

A
1/2 ekor ikan bawal
sedikit serbuk kunyit
sedikit tepung jagung
garam

B
4 ulas bawang kecik (pasal takde bawang besar)
1 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai dihiris nipis
2 inci halia dihiris memanjang
1/2 btg carrot dihiris memanjang
1 biji cili merah dihiris memanjang
1 biji tomato saiz kecil, dihiris nipis
4 biji cili padi
2 sudu besar sos tiram
1/2 stok ikan bilis
1 1/2 cawan air
sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
garam dan gula untuk perasa
kalau suka letak belacan sikit
cara2:

1) goreng ikan seperti biasa hingga masak dan garing..ketepikan
2) tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi..kemudia masukkan halia dan serai
3)masukkan air biar hingga mendidih
4)masukkan sayuran2 lain,iaitu carrot, cili dan apa2 ajelah yang u all ada..
5)masukkan sos tiram, stok ikan bilis, garam dan gula
6)tunggu hingga mendidih, masukkan tepung jagung
7)biarkan kuah sedikit pekat,masukkan ikan yg digoreng/nak curah atas ikan je terus pun bolehh
8) siap untuk dihidang!~hehehe