Followers

Saturday, December 12, 2009

homemade pizza



hmm..menu makan malam hari ni..hihi,,terhangus sikit pasal berangan dok kat ruang tamu terlupa pizza dalam oven..sila gunakan tepung gandum selepas ini..tak payah la cari tepung2 roti dalam kotak tu...tak sedap langsung bau dia..apa pun memang jadi guna resipi dari myresipi..alamak,lupa naMA chef tu..sorii...untuk rujukan masa hadapan, jom kita terjah resipi!~(yahoo..)

bahan2 doh:
200 gm tepung gandum/multi-purpose flour
2 sudu kecil yis segera (mauripan)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil bread softener*xnak letak pun xpe*
2 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air suam (guna kurang dari satu cawan, doh dh x melekat kat tangan)

cara2:
1. ayak tepung ke dalam mangkuk. masukkan garam,breadsoftener (dalam cawan lain, masukkan gula dan yis..bagi yis aktif-berbuih)
2.bulatkan tgh2 tepung..masukkan bancuhan yis..gaul rata
3.masukkan minyak masak dan gaul rata..
4.masukkan air sedikit demi sedikit..uli hingga doh tak melekat di tangan-kalau kering, tambah sikit minyak masak
5.tutup doh dengan plastik/tuala basah dalam 1 jam sampai dia naik sekali ganda..


sambil tu..boleh la prepare sos pizza..yang ni guna cara saya..heheh..sukahati je nak modify recipe..pasal oregano takde..tomato puri takde..jadi guna bahan2 yang ada je la ye..

bahan2 sos:
1 biji tomato *dikisar*
2 sudu besar sos tomato~kisar sekali dgn tomato tadi
1/2 labu bawang kuning *dipotong dadu*~ala..bawang besar yang warna kuning tu...
2 biji bawang putih *dikisar*
isi ayam dipotong dadu
1/3 carrot *sukahatila nk potong mcm mana*
1/2 capsicum~lada benggala hijau *dipotong dadu*
2 sudu besar cukup rasa
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa

cara-cara:
1. tumis bawang putih dan bawang besar yang di dadu hingga naik bau..masukkan tomato yang diblender tadi..
2.masukkan ayam..biarkan mesra..
3.masukkan carrot dan masak hingga layu
4. masukkan capsicum.masak sehingga sos pekat..
5.tutup api ok...

topping:
sosej/kepingan ayam..filamin ketam..cendawan butang..keju..dapat keju cheesedale tu pun takpe..kalau nak lagi best, pakai keju mozarella ok..


cara2 (final):

1.biarkan tangan bertepung sikit untuk keluarkan doh dari mangkuk adunan,
2.bentukkan doh menjadi bentuk yang anda suka..dengan ketebalan 2cm..(agak2 je)
3.bakar selama 10-15 minit pada suhu 200 darjah celcius
4.keluarkan dari oven. sapukan sos tomato atas doh..
5.sapukan sos yang kita masak tadi..
6.letakkan topping, dan keju di atasnya..
7.bakar semula selama 15-20 minit atau hingga masak..jangan berangan pula!
8.selamat mencuba ;P

No comments:

Post a Comment