Followers

Saturday, November 6, 2010

sup ayam asli




maaf sesangat..gambor akan diupload lepas bateri kamera i dicas semula..hahah..

actually,mak gi melawat my cousin kat hospital..tu yg saya memasak semula selepas lama berehat dari dapur..kikkikkiki..setakat sup ayam ni kacang buncis je kan bagi korang...tapi saya masak boleh tahan lama gak la..maklumla..dah lama tak ke dapur (reject jadik menantu) hukhukhuk

masa selongkar dapur tadi,saya pi carik rempah sup..carik punya carik,selongkar sana selongkar sini,takde!waaaaa...frust sekejap ye..last2 pi ngendeng tenet adik,cari resipi rempah sup home made..jumpa la kat dapur kak zalieda nih...tambah pulak dia suruh guna buah pelaga..cis..buah pelaga pun i boleh lupa mcm mana rupanya..huhuhu

rupanya ni lah rupa buah pelaga ye.. (sumber rasa.net)

ok,ni resipi asalnya dari tulip77 (myR)..tapi saya telah mencilok resipinya dari kak zalieda..huhuh..

review saya; sedap!

boleh la kome try ye..bagi mereka yg kehabisan stok rempah sup segera itu...

kak,saya mintak izin kopipes yea..terima kasih kak! mmuahss!


Sup Ayam (Tanpa Guna Sup Bunjut/Rempah Sup)
Bahan-bahan


1 ekor ayam potong 16
1 labu bwg merah *blender
2 ulas bwg putih * blender
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 iji buah pelaga
2 biji kentang
1 batang lobak -(kita potong memanjang)
1 mangkuk air panas baru masak
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam - secukup rasa
Daun sup, daun bawang & bawang goreng -(kita xde stok daun bawang dan seangkatan dengannya)

Cara-cara

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

2 comments:

  1. sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)

    ReplyDelete
  2. Da cuba buat 😘😘😘 sedap je 😬

    ReplyDelete