Followers

Friday, September 11, 2009

nasi kabsah~arabic recipe




tak pernah makan nasi kabsah? ye..saya jua tak pernah..tapi main terjah je memasaknya..ntah rasanya sama ke tidak..tak tahulah..almaklumlah..ada minggu bahasa..semester ni, saya ambil bahasa arab sebagai bahasa asing, makanya kenalah masak makanan yang merujuk kepada negara arab..nasi kabsah la pilihannya..huhu

nak tahu resipi?

jintan manis
kayu manis
jintan putih
bunga cengkih
ketumbar

minyak sapi
lobak merah
bawang merah
bawang putih
halia
puri tomato(saya guna sos tomato jek)

setengah ekor ayam

hiasan;
hirisan bawang,
tomato didadu
daun ketumbar

err...boleh tak pos cara2 ni kemudian jek?

Saturday, August 1, 2009

karipap kentang bersardin~apa ke pelik bunyinya?



gambar ihsan dari srikandi cinta


Resipi ni dari kak ita, ada la modified sikit.. kak ita buat 20 biji, saya buat 40 biji..
Thanx kak ita =)..ini baru first time buat.. alhamdulillah menjadi. Buat ramai2 tau.. seronok!..

Bahan-bahan ( 40 biji )
500g tepung gandum
4 sudu besar marjerin - panaskan
4 sudu besar minyak masak - panaskan
secubit garam
air

INTI
5 biji kentang
1 tin besar sardin
2 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
2 tangkai daun sup (nak bertangkai-tangkai pun takpe!)
Beberapa biji cili padi~ nak bagi ada pedas sikit
garam
sos tomato
sedikit jus lemon/limau

Cara-cara
kulit karipap

1) campurkan garam, minyak, marjerin yang telah dipanaskan ke dalam tepung. Gaul hingga tekstur tepung agak peroi.
2) Masukkan air (lebih kurang setengah cawan) secara sedikit demi sedikit
3) Uli sehingga tepung tak melekat
4) Jika doh masih melekat, tambah sedikit tepung.
5) [dalam kes saya yg tak reti sangat bab-bab adun doh, saya telah mencampurkan sedikit marjerin lagi setelah doh yang saya uli siap. Lepas tu tambah tepung sikit bagi tak licin-hasilnya, kulit lebih lembut]

Inti (boleh la buat inti dulu sebelum kulit karipap ye..)

1) kupas kentang dan potong dadu. Dan kupas lah apa2 yang boleh dikupas
2) panaskan minyak
3) tumis bawang dan cili padi sehingga naik bau
4) masukkan kentang biarkan seketika (kalau nak cepat empukkan kentang)
5) masukkan sardine, perah air limau
6) masukkan sos tomato dan garam (ikut suka nak bubuh sos apa pun).
7) Gaul hingga sekata dan biarkan sehingga kentang empuk

Selepas inti disejukkan, boleh la canai doh dan kelim karipap.. tak cantik takpe, janji sedap! Tak gitu??

Saturday, July 25, 2009

malas??




updating this blog is almost rare! heheh.. as a student, cooking activities are not allowed in college.. but i still cook some dishes. and as i always forget is to snap pics for the dishes i cooked. and thats the concrite reason to not uploading new entry for this blog. maybe after bringing my digital camera along with me, i could update the "bachelors" dishes and share it with anyone who did a visit on this blog..
yeahh.. *wink*

Monday, June 22, 2009

star-choco-muffin


actually, resipi ni di ambil dari kak ita.. tak susah pun..cubaan kali pertama gagal..jadi biskut..huhu..konon2 nak buat muffin versi malaysia..ha, last2 jadi cookies..maksudnya, adunan kek/muffin mesti lebih cair dari adunan cookies, sebab tulah cookies keras..

guna cooking coklat tau nak masak muffin ni..


ummi c&p je kak ita ye??
Bahan-bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
1.Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair.
3.Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4.Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5.Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6.Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7.Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. hiaskan dgn apa2 sahaja yang ada
8.Bakar selama 20 minit.

Friday, May 29, 2009

hye you all


assalamualaikum semua.. blog ini ditubuhkan khas untuk letak resipi2 yang best. mana tahu boleh kongsi sama2..hehe..semenjak muffin yang saya buat jadi biskut, keazaman untuk membakar kek semakin menjadi-jadi. hahaha..selamat menjamu mata...