Followers

Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

apam dot dot


salam bloggie..

hai..hari ni saya try masak apam dot dot..resipi ni saya sekodeng kat dapur kak hana..katanya dia pong sekodeng resipi asal dari dapur kak.lilydvalley... (takde link)..kak lilydvalley cuma marble kan..tapi kak hana inovasikan dgn mendotdotkan ia..huhuhu...

ramai dah rupanya guna resipi ni..selain senang dan mudah,hasilnya jugak cantik!

tapi sayangnya,apam dot-dot saya mungkin perlu penambahbaikan sikit..pasal jadik apam berkdeut dot-dot!!! uhh...sodih betoi...huhu

oleh yang demikian..saya minta izin dari kak hana untuk kopipes kat sini yer...jangan mareee....huhuhuhu..thanx kak!

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)-saya guna kaya
  • Pewarna -saya guna warna hijau,kuning,dgn coklat jek..
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

p/s: berkedut sebab api dia mereng sikit kut..tu yg kedut tak hengat..nak kukus dgn api sederhana aje yer...


Monday, September 27, 2010

kuih cara berlauk...


ni punya kuih cara,ialah kuih cara zaman puasa..tapi baru hari ni i terkedek2 nak upload..hahaha...layankan jela ek,cara berlauk yang i kopipes dari kak rinchan..sedap! cuma inti tu i buat style syok sendiri..hihihi..kak rinchan,kita mintak izin pes+kopi resipinya ye,,thanx kak rinchan! ;)

For the batter-kak rinchan fotopages
2 cups multipurpose flour
2 cups water
1 cup coconut milk ( I used half packet of coconut powder)
1 egg
1 tespn salt
A little tumeric powder to colour the batter yellow
*Mix all ingredients and filter.


inti~mak yang buat..hehehhe

Method :
1. For the batter, mix well and filter into a jug with long nozzle for easy pouring.
2. Grease the mould with cooking oil using screwpine leave or pastry brush.
3. Pour in the batter 3/4 full into the mould not to let overflows. Put on the lid (I recommend casserole lid coz you can see thru) and wait until the batter half-cooked.
4. Put in the fried minced meat. Garnish with chillie or spring onion/celery.
5. Put on the lid and leave to cook.

6. Take them out using toothpick or fork. Serve warm.



Saturday, August 1, 2009

karipap kentang bersardin~apa ke pelik bunyinya?



gambar ihsan dari srikandi cinta


Resipi ni dari kak ita, ada la modified sikit.. kak ita buat 20 biji, saya buat 40 biji..
Thanx kak ita =)..ini baru first time buat.. alhamdulillah menjadi. Buat ramai2 tau.. seronok!..

Bahan-bahan ( 40 biji )
500g tepung gandum
4 sudu besar marjerin - panaskan
4 sudu besar minyak masak - panaskan
secubit garam
air

INTI
5 biji kentang
1 tin besar sardin
2 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
2 tangkai daun sup (nak bertangkai-tangkai pun takpe!)
Beberapa biji cili padi~ nak bagi ada pedas sikit
garam
sos tomato
sedikit jus lemon/limau

Cara-cara
kulit karipap

1) campurkan garam, minyak, marjerin yang telah dipanaskan ke dalam tepung. Gaul hingga tekstur tepung agak peroi.
2) Masukkan air (lebih kurang setengah cawan) secara sedikit demi sedikit
3) Uli sehingga tepung tak melekat
4) Jika doh masih melekat, tambah sedikit tepung.
5) [dalam kes saya yg tak reti sangat bab-bab adun doh, saya telah mencampurkan sedikit marjerin lagi setelah doh yang saya uli siap. Lepas tu tambah tepung sikit bagi tak licin-hasilnya, kulit lebih lembut]

Inti (boleh la buat inti dulu sebelum kulit karipap ye..)

1) kupas kentang dan potong dadu. Dan kupas lah apa2 yang boleh dikupas
2) panaskan minyak
3) tumis bawang dan cili padi sehingga naik bau
4) masukkan kentang biarkan seketika (kalau nak cepat empukkan kentang)
5) masukkan sardine, perah air limau
6) masukkan sos tomato dan garam (ikut suka nak bubuh sos apa pun).
7) Gaul hingga sekata dan biarkan sehingga kentang empuk

Selepas inti disejukkan, boleh la canai doh dan kelim karipap.. tak cantik takpe, janji sedap! Tak gitu??